
23-05-2008, 09:06 AM
|
 |
Senior Member
|
|
Join Date: Apr 2007
Posts: 1,834
|
|
Quote:
|
Originally Posted by zarul
Saya tak pasti mengapa alicia mengatakan bahawa dominant tidak sempurna.
organisma dengan kedua-dua gen dominant kita panggil homozegus
organisma dengan 1 gen dominant dan 1 gen resesif kita panggil heterozegus
kita ambil contoh warna mata
copper adalah warna dominan (C)
biru/hijau adalah warna resesif (c)
katakan saya mempunyai kucing jantan mata berwarna copper. ada dua kemingkinan. samada kucing tersebut homozegus atau heterozegus.
kucing betina saya bermata biru. biru adalah resesif .untuk warna biru ditonjolkan kucing tersebut perlu mempunyai dua gen resesif.
jika kucing jantan saya homozegus, bila ianya mengawan dengan kucing betina saya, kesemua anaknya akan mempunyai mata berwarna copper kerana setiap anak akan mendapat gen warna copper dari kucing jantan tersebut.
Kucing jantan (CC)
semua sperma yang dihasilkan adalah membawa gen C
kucing betina (cc)
semua ovum yang dihasilkan membawa gen c
semua anak akan mempunyai gen Cc
anak2 ini kita panggil heterozeguz
mempunyai warna mata copper tetapi
membawa i gen dominan (C) dan satu
gen resesif (C)
Jika kucing jantan saya heterozegus
Kucing jantan (Cc)
sperma yang dihasilkan adalah dua jenis satu membawa gen C dan satu membawa gen c
kucing betina (cc)
semua ovum yang dihasilkan membawa gen c
Jika sperma C mensenyawa ovum c anak yang terhasil
adalah bermata copper heterozegus (Cc)
Jika sperma c mensenyawakan ovum c anak yang terhasil
adalah bermata biru homozegus resesif (cc)
|
Semua nak belajar Mendel's Law balik ke? Tu laaa ... dulu cikgu Kajihayat masuk kelas anak murid semua lari keluar kelas lompat pagar terjun longkang ... sekarang nak masuk kelas dewasa balik utk sambung belajar .... wakakakakaahhhhhh!!!!!
... banyak juga benefit pelihara kocing nie ... buat kita balik sekolah semula teruskan pelajaran yang terputus ...
... in de end, cik gu jugak yang menang ... 
|