
09-07-2008, 02:29 PM
|
|
Member
|
|
Join Date: Jun 2008
Posts: 40
|
|
Hukum Hakam Jual Beli Kucing
Assalamualaikum,
Baru-baru ini, ada seorang kawan membangkitkan kembali tentang isu ini. Seingat saya, isu ini masih lagi menjadi tandatanya kerana percanggahan fatwa dari beberapa ulama. Ada yang mengatakan Haram, ada yang mengatakan Harus. Jakim masih lagi belum mengeluarkan fatwa yang jelas tentang isu ini. Bagaimana pun, dalam forum ini ada beberapa thread yang membincangkan soal ini dan beberapa Nas dan Hujah telah dipetik untuk memperjelaskan isu ini. Walau bagaimanapun, masih belum ada fatwa yang jelas kerana terdapat percanggahan. Begitupun, saya merasa tidak sedap hati bila ada antara kita yang mencadangkan tafsiran fatwa terpulang kepada individu masing-masing untuk mentafsirkannya. Pada saya ini sesuatu yang bahaya, kerana ini bersangkutan dengan soal akidah. Dari itu saya telah mengutuskan email dan surat kepada JAKIM supaya isu ini dapat diperjelaskan. Oleh itu, diharap kita semua dapat bersabar dan tidak mengikut tafsiran sendiri dalam perkara di atas. Bilamana saya mendapat jawapannya, akan saya siarkan di sini.
Ini adalah salinan surat saya kepada JAKIM
Assalamualaikum,
Saya adalah salah seorang penggemar kucing dan ada memelihara beberapa ekor kucing, yang antaranya di beli dan ada juga yang bermurah hati memberinya kepada saya. Masalah saya di sini, saya keliru dengan soal hukum-hakam tentang jual beli kucing ini. Ada beberapa pendapat mengatakan harus, dan ada yang mengatakan haram. Yang lebih merbahaya, menyarankan sendiri mentafsirkan fatwa tersebut. Oleh itu saya benar-benar berharap pihak JAKIM dapat memperjelaskan tentang perkara ini, supaya segala keraguan dan masalah penafsiran berkaitan dapat diselesaikan untuk sekian kalinya. Soalan saya di sini :-
1. Apakah hukumnya saya membeli kucing untuk dipelihara, memenuhi hobi dan masa lapang, serta sebagai terapi stress?
2. Apakah hukumnya jika saya menjual baka anak / kucing peliharaan saya?
3. Apakah hukumnya jika saya membayar/menerima sejumlah duit untuk mengahwinkan kucing saya dengan kucingnya dengan harapan untuk mendapatkan baka?
4. Apakah hukumnya jika punca pendapatan 100% adalah dari hasil jual beli kucing dan makanan serta lain-lain yang berkaitan dengan kucing?
5. Apakah hukumnya jika saya memasuki pertandingan kucing dan mendapat hadiah berupa wang tunai dan makanan?
Berikut saya kepilkan petikan internet yang saya kira memerlukan penjelasan lanjut dari pihak Jakim.
petikan dari [url]http://rahma02.wordpress.com/2007/10/09/hukum-jual-beli-kucing/
Sekian. Wassalam.
P/s : Sekiranya ada di antara saudara yang terjumpa petikan jelas / fatwa yang jelas dari JAKIM tentang soalan2 di atas, sudilah berkongsi di forum ini. Mudah-mudahan kita semua terlindung dari melakukan perkara-perkara yang ditegah. Terimakasih.
|