
09-07-2008, 03:06 PM
|
|
Senior Member
|
|
Join Date: Sep 2007
Location: Kota Singa
Posts: 1,033
|
|
"Begitupun, saya merasa tidak sedap hati bila ada antara kita yang mencadangkan tafsiran fatwa terpulang kepada individu masing-masing untuk mentafsirkannya. Pada saya ini sesuatu yang bahaya, kerana ini bersangkutan dengan soal akidah."
Pada pendapat saya, hanya mufti negara dan para ulama dapat mengeluarkan fatwa dan sekaligus menafsirkannya. Tetapi ini juga bergantung kepada negara kediaman anda. Jika di Singapura, kita langsung boleh mendapat kepastian dari MUIS. Tetapi di Malaysia, mungkin berlainan. Kerana Malaysia adalah sebuah negara yang besar, pendapat para ulama MUNGKIN bercanggah. Paling penting, sebagai umat Islam kita wajib mengimani rukun2 Iman dan Islam.
Hanya satu soalan yang pernah saya utarakan kepada seorang teman ustaz tentang hukum mengembirikan kucing. Tapi soalan ini tiada di dalam senarai anda.
Semoga dengan surat anda, terjawablah segala was-was yang terbuku di hati pencinta kucing di tempat kediaman anda dan seluruh Malaysia.
__________________
One never REALIZES how much and how little he knows until he starts talking.
Do yourself a kind favour - STOP BEING HYPOCRITICAL - to yourself & others.
Jangan jadi manusia MUNAFIK ..
|