
11-07-2008, 09:52 AM
|
 |
Senior Member
|
|
Join Date: Oct 2007
Location: Bandar Tasik Selatan
Posts: 905
|
|
Quote:
|
Originally Posted by dukunlintah
Salam to All.
Soalan : Apakah hukumnya mengembirikan kucing peliharaan?.
Jawapan : Hukum mengembirikan kucing peliharaan adalah haram sekiranya memberi kemudaratan kepada kucing berkenaan. Ini kerana Allah SWT telah menciptakan kucing itu ada jantan dan betinanya supaya ia dapat hidup dan membiak..
Soalan : Apakah hukumnya kita mengembirikan (kasi)kucing jantan bertujuan agar ia tidak kencing memancut demi tujuan kebersihan dalam rumah. Ini kerana seperti yg kita sedia maklum kucing jantan bila dewasa suka kencing memancut di dlm rumah tidak kira di mana ia sempat. Adakah haram kasi kucing jantan utk tujuan kebersihan ini kerana di dlm islam pun menitik beratkan kebersihan...
Jawapan : Kasi adalah bermaksud memandulkan binatang bukan bermaksud membuang alat jantina. mengkasi binatang adalah harus pada binatang yang harus dimakan semasa kecilnya. Manakala binatang yang tidak halal dimakan adalah haram dikasi..
Soalan : Apakah hukumnya memandulkan binatang peliharaan utk tujuan "birth control"?.
Jawapan : Hukum mengembiri / kasi adalah harus kepada binatang ternakan untuk tujuan mendapat keuntungan dari segi daging dengan syarat dikasi semasa kecil. Selain daripada binatang ternakan, tidak boleh dimandulkan.
Soalan : Apakah hukum saya mengkasi/ memandulkan kucing saya dengan tujuan untuk mengelakkan populasi kucing liar yang kelaparan meningkat dan juga kerana saya tidak mampu membela terlampau banyak kucing? .
Jawapan : Hukum mengembiri / kasi adalah harus kepada binatang ternakan untuk tujuan mendapat keuntungan dari segi daging dengan syarat dikasi semasa kecil. Selain daripada binatang ternakan, tidak boleh dikasi termasuk kucing..
Soalan : Apakah hukum memandulkan kucing betina/jantan dengan niat tidak mahu kucing membiak kerana sudah terlalu banyak kucing. Ada yang mengatakan hukumnye harus dan ada pula yang menyatakan hukumnya adalah haram.
Jawapan : Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil.
Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.
Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia.
In Bahasa Malaysia, excerpt from JAKIM.
|
Lega ....dengan jawapan ini. syukur kerana aku tak memandulkan kucing-kucing aku. Kucing yang aku mandulkan pun kerana "berpenyakit".
|