I baru je mengutip seekor anak kucing betina dari sebuah kedai makan di pekeliling. Tuan kedai makan tu kata, kalo nak ambik, baik ambik sekarang kerana lambat laun anak kucing yg ada kat situ semuanye akan mati kena lenggek ngan kenderaan yg lalu lalang kat situ. I cakap i tak bawak pet carrier, akak tu kata takpe nanti dia bagi kotak. So, i masukkan kitten tu dlm kotak n bawa balik. On the way, dia muntah atas seluar jeans kawan i yg baru beli. Hehehe.....aku mintak ampun hani ye
Sampai di depan umah, sementara nak cari kunci, i letak kotak di atas lantai n kitten tu keluar dari kotak. Bila i buka je pintu, Tommy yg tak pernah jejak kaki dia ke lantai luar umah unless kalo i paksa, telah melompat dan menerkam kitten tu. Tommy gigit leher kitten sampai badan Tommy bergulung2. Punyalah i terkejut, menjerit2 i pada Tom supaya dia lepaskan kitten tu tapi Tom buat tak tau je. Tanpa disedari i pukul kepala Tom (ibu minta ampun ye Tom, tak sengaja pukul Tom). Tom pandang i dgn muka yg penuh benci n dendam, pastu dia lepaskan kitten tu. I sepantas kilat ambik kitten tu n bawak masuk dlm cage. Tom follow i sambil mengiau nyaring (mcm suara kucing jantan nak bergaduh). I letak cage tu kat beranda n tutup ngan sliding door, tau apa yg terjadi. Tom melompat n langgar sliding door beberapa kali dgn kuat. I betul2 takut, i tarik badan Tom n i peluk dia kuat2. I kata 'dah ye Baby, jgn buat camtu lagi, dah la tu, ibu takut la'. Tom langsung tak pandang i, ini 1st time kalo i panggil baby dia tak tgk muka i (baby is panggilan manja kalo nak pujuk dia). Menyesal i bawak kitten tu balik. I tido luar malam tu(kat ruang tamu) dgn Tom. I tgk Tom asyik berkawad dari ujung sliding door sana ke ujung sliding sini sampai ke pagi. Langsung dia tak tido. Last2, masa i nak bagi makan kitten tu, i masukkan Tom dlm bilik dia n i tutup pintu. I keluarkan kitten tu, i bagi makan can food careline, i mandikan n lap2 badan dia. Pastu kitten tu tertido kekenyangan, sian pulak i tgk. Pelan2 i letak balik dlm cage. Bila i buka je pintu bilik Tom, Tom lompat lagi (Tom bukan jenis cat yg lompat2, dia cat yg cool n steady) n dia bau2 ke semua tempat yg kitten tu jalan2 tadi. Pastu dia intai kat cage tu, dia nampak balik kitten tu, apalagi dia langgar2 lagi sliding door tu. Terpaksa la i peluk n angkat dia yg berat giler tu sambil dodoikan dia. Baru dia tenang skit. Tapi dah 2 hari kitten tu kat umah i n i terpaksa kurungkan Tom dlm bilik dia baru la i bole keluarkan kitten tu. Camne ye? Patut ke i bagi kitten tu kepada org lain?
Kawan lelaki i yg berjiran ngan umah i (dia suka main2 ngan Tom), marah bila dia tau i bawak balik kitten tu. Dia kata dah tak sayang lagi ke kat Tom, kalo tak biar dia ambik je si Tom ni. Hmmmm, serba salah i dibuatnyer.