Senang je tu, jawapannya adalah seperti berikut:
1) Kalo dah sayang sangat kat Lola tu sampai dah beli macam2 kat dia, u bela je la. Lagipun kalo i, tak harap sangat kalo org lain jaga anak2 i.
2) I dan my hubby bekerja tapi ada bela 3 ekor kucing yg nakal dan manja. Mereka tak perlukan kita sangat melainkan waktu nak makan, tido dan nak suruh bersihkan litter diorang. Kalo time main, diorang lebih suka kejar-mengejar sesama sendiri daripada nak kejar kita. So, takde masalah sebenarnya nak jaga Lola tu.
3)Kalo ikut cara i jaga:
i) Pagi2 sebelum pegi kerja, penuhkan bekas makanan dan minuman. Bersihkan bekas litter then letak pasir baru. Dah siap, pegi mandi dan siapkan diri, sebelum pegi keje, cium dan peluk setiap ekor yg ada kat umah tu, jgn tertinggal sekor pun takut karang ada yg merajuk. Periksa juga takut ada yg terkunci dalam bilik tido atau bilik mandi, then baru gi keje.
ii) Balik keje, terus peluk dan cium lagi sambil angkat diorang letak kat living room sambil main geletek2. Jengah ke dapur, tengok makanan diorang ada lagi tak. Selalunya abis, so i tambah je. Sebelum masuk bilik nak mandi, pegi dulu buang litter yg ada.
iii) Bagi diorang kenyang dulu, baru u makan. Kalo tak diorang kacau u time dinner. Nak makan pun tak senang. Macam i tak cage cat i so, terpaksa la buat macam tu.
iv) Time tengok tv, jgn lupa panggil nama dia. Confirm sekali panggil dia dtg, pasal lama tinggal masa siang tadi, so nak minta perhatian la tu. Then, main2 la dgn dia, paling suka time geletek perut dan urut leher. Syioknya dia sampai tertido, maybe dgn u sekali tertido.
v) Macam i tido sekatil dgn diorang so, kena angkat pulak masuk bilik tido sekali. Pernah sekali i tutup pintu bilik, diorang menangis sepanjang malam. Esoknya i tgk, yg sikecik tu dah terbalikkan pasu bunga dan frame gambar i.
__________________
Anak-Anak:
Tommy Cruise
Georgie Cruise
Gabriel Cruise
JeanPaul Cruise
|