|

Photo Gallery - Koi Forum - Fish Forum - Dog Forum - Malaysia Real Estate Forum - B2B Market Place - Online Recruitment Portal - Malaysia Travel Portal - Malaysia Company Directory |
|
#1
|
|||
|
|||
|
Just to share to all cat lovers out there........
Nasib kacukan dan kucing kampong Ramai yang menganggap haiwan yang diletakkan dalam pusat perlindungan sebagai haiwan terbiar atau second hand. Sebab itu juga haiwan seperti kucing kurang mendapat perhatian dan langsung tidak dipeduli untuk dijadikan haiwan peliharaan. Kucing dari kedai peliharaan atau mereka yang menjual haiwan kacukan dianggap lebih berbaloi dan mewah berbanding haiwan yang terbiar yang masih setia menanti pemilik baru. SPCA atau Pusat Perlindungan Haiwan bekerja keras untuk mengubah persepsi negative ini daripada pemikiran orang awam dengan menyampaikan imej positif yang mengambarkan kucing kacukan dan kucing kampung adalah setaraf. Kucing kampung juga berhak untuk mendapatkan penjagaan dan kasih saying seperti kucing yang dikomersialkan. “Bagi kami, setiap haiwan adalah penting dan berhak untuk diberi peluang kedua sama ada yang dijumpai di tepi jalan raya atau di sebuah kedai mewah yang lengkap dengan penghawa dingin dan lain-lain”, ujar salah seorang jurucakap SPCA. Seperti pepatah bahasa Inggeris, “The Truth Hurts” atau kebenaran itu menyakitkan diri, kadar euthanasia haiwan di pusat perlindungan akan terus meningkat selagi kadar mengambil haiwan angkat rendah atau kadar penghantaran haiwan terbiar melonjak ke atas. SPCA di Selangor menerima lebih daripada 700 haiwan dalam sebulan dan kesempitan ruang atau kurungan memaksa pegawai SPCA “menidurkan” kebanyakan haiwan ini yang sepatutnya berada di rumah tuannya. Hanya keputusan anda dapat menentukan takdir haiwan-haiwan ini dan bagi setiap haiwan yang diambil untuk dipelihara, ingatlah anda sebenarnya menyumbang kepada survival satu haiwandi dunia ini. Itu adalah satu pengorbanan dan sifat kemanusian yang amat terpuji. Berdasarkan fakta, haiwan yang dijual di kedai peliharaan dan pembiak haiwan beroperasi sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata. Haiwan yang terdapat di pusat perlindungan, sebaliknya tiba dalam keadaan yang tidak bermaya tetapi menaruh harapan besar untuk kembali disayangi oleh pemilik. Mereka dibawa ke SPCA oleh pemiliknya, orang ramai yang berhati mulia dan kadangkala diselamatkan oleh SPCA dalam keadaan cemas. Bayangkan bagi setiap haiwanyang dibeli dari kedai peliharaan, haiwan di pusat perlindungan hilang satu ‘rumah harapan’ dan pakar pembiak haiwan akan terus membiak haiwan kacukan mahal dan cantik selagi masih wujud permintaan. Ingatlah, apabila pembelian haiwan mewah berhenti, pembunuhan atau perbuatan ‘menidurkan’ haiwan yang tidak dikehendaki juga akan berhenti. - di petik daripada Akhbar Kosmo bertarikh 12 Julai 2007- |
|
#2
|
||||
|
||||
|
Quote:
I was saying this long before this article came out........nobody listened!
__________________
xxxxx Saribaiduri @ sedap nama tu aku suker xxxxx Let's Stand Together And Celebrate Our Domestic Cats Day- 31/12/2008 !
|
|
#3
|
||||
|
||||
|
on behalf of cats around the world...
big hugs and kisses and thanks to the writer of the article. ![]()
__________________
I don't know if people will ever be able to talk to animals the way Doctor Doolittle could, or whether animals will be able to talk back. Maybe science will have something to say about that. But I do know people can learn to "talk" to animals, and to hear what animals have to say, better than they do now |
|
#4
|
|||
|
|||
|
yup this thing was long time happened.....dan rasanya dah bayak kucing telah ditidurkan sama ada kita sedar atau tidak........kucing kampung juga ada hak untuk hidupp....but so sad to know a lot of us still banga dengan kucing kacukan ni......it ok Suzy as long as ada somebody like u... at least kucing kampung dapat diselamatkan............
|
|
#5
|
|||
|
|||
|
i don't think the strays are deprived of home when someone buys a pedigree. there are only a handful of good pedigree breeders, but lots and lots of backyard breeders that breed pretty moggies for profit. its these type of breeder that should be wiped out.
__________________
Cats are precious creatures that enhance one's life. Respect them, take good care of them, and above all, love them. Their love, affection and attention will be your reward. |
|
#6
|
|||
|
|||
|
yes i agreed with u Catalina....but sometimes people do put double standard to strays cat or kucing kampung......i do wish people do appreciate this kucing kampung same as they apreciate their pedigree cat........
|
|
#7
|
||||
|
||||
|
Quote:
Exactly..............
__________________
xxxxx Saribaiduri @ sedap nama tu aku suker xxxxx Let's Stand Together And Celebrate Our Domestic Cats Day- 31/12/2008 !
|
|
#8
|
|||
|
|||
|
Quote:
__________________
Cats are precious creatures that enhance one's life. Respect them, take good care of them, and above all, love them. Their love, affection and attention will be your reward. |
|
#9
|
|||
|
|||
|
Quote:
this is one scenario......i believe a lot more out there.... ![]() |
|
#10
|
||||
|
||||
|
waktu g klinik haiwan satu ketika dulu..... terserempak ngan 2 org budak lelaki beserta beberapa sangkar & bakul pasar tepi pintu masuk. saja intai & rupanya ada dalam 20 ekor kucing daolam bekas2 tu.
saja tanya dorg, nak buat apa ni? utk vaksin katanya. kucing2 tu baik, dah satu hal, lawaaaaaaaaa sangat, lagi satu hal. i pun tanya balik., beli kat mana? malu2 jawab... amik kat pasar je kak.i senyum, terus tunjuk my cats, akak pun amik kat tepi kedai makan & sekolah je. apa kucing pun, berkurap ke, penyakit ke, kalau ada yg jaga, tetap akan cantik. cuma orang kita lebih berbangga dengan hasil penjajah yg banyak terdapat di kedai2 peliharaan.
__________________
'hidup biar Asing, Jangan terasing' |
![]() |
| Thread Tools | Search this Thread |
| Display Modes | |
|
|