|

Photo Gallery - Koi Forum - Fish Forum - Dog Forum - Malaysia Real Estate Forum - B2B Market Place - Online Recruitment Portal - Malaysia Travel Portal - Malaysia Company Directory |
|
#11
|
||||
|
||||
|
agree with you with that statement. yesterday I went to pasar tani gaya street at my kampung in Kota Kinabalu. I saw 3 kittens around 1 mth for sell by the BYB kat market tu.then I also saw 3 puppies tied up with tali rapiah.I was very angry when I saw this. I told that man, the kittens are too young to be sell.they should be with their mummy right now.the puppies are not supposed to be tied up together like that.itu meyeksa namanya.tp the seller couldn't care less and buat2 tak tau.but my voice sudah cukup besar utk tarik perhatian few mat salleh there.obviously they were disgusted too. what can I do to solve this matter?? which body should I complain too?? takde ke badan2 kerajaan yg mengawal benda2 mcm ni?? mana boleh jual binatang anjing dan kucing kat market as though they are selling sayur je.
Quote:
|
|
#12
|
||||
|
||||
|
Jabatan Perhidmatan Haiwan Negeri
Wilayah Persekutuan Labuan Peti Surat 173, 87008 Labuan, Sabah Tel: 087-414596 Fax: 087-418861 Jabatan Perhidmatan Haiwan Negeri & Perusahaan Ternak Tingkat 7, Menara Wisma Khidmat Jalan Belia, Beg Berkunchi 2051 88999 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-238415 / 250522 Fax: 088-238418 I think it might be the right chanel because I read this article from Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Perak. http://www.mnawf.org.my/links_info.html Sayangilah Haiwan, Wahai Rakyat Malaysia Oleh Jeswan Kaur Bernama, 2 April 2007 KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia, tanpa dapat disangkal lagi agak kurang mesra terhadap haiwan, lebih-lebih lagi haiwan terbiar. Mungkin ini penjelasan terbaik terhadap sikap acuh tak acuh mereka dalam membantu haiwan yang sakit atau didera, baik kucing mahupun anjing. Secara kasar, tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan terbiar ini mengikut pengalaman Pertubuhan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA). "Kejadian yang menimpa seekor anjing dari baka German Shepherd dengan nama Sheena pada tahun 2005 adalah satu hakikat yang menakutkan mengenai penderaan haiwan di Malaysia. Ia tidak terhenti setakat itu sahaja kerana sehingga kini kami menerima banyak laporan mengenai kejadian seumpama itu," kata Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Awam SPCA Selangor, Jacinta Johnson. `KEDIAMAN' HAIWAN SPCA ditubuhkan pada tahun 1958 dengan objektif melindungi haiwan dan membantu mengurangkan penderitaan mereka. "Pusat Perlindungan Haiwan SPCA di Ampang ketika ini menjadi penempatan sementara bagi 300 hingga 350 haiwan yang tidak dikehendaki, sementara kami mencari penempatan dan perlindungan tetap buat mereka," kata Jacinta. Haiwan-haiwan di SPCA terdiri daripada binatang peliharaan yang tidak dikehendaki, haiwan terbiar dan haiwan yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penderaan atau yang diserahkan oleh orang awam yang simpati dengan nasib mereka. Buat masa ini mereka menempatkan 130 ekor kucing dan 170 ekor anjing. "Setiap tahun hampir 1,200 haiwan di sini dijadikan anak angkat. Kadang kala ada yang diserahkan semula atas pelbagai sebab seperti sakit, atau mereka tidak dapat menyesuaikan diri sama ada dengan ahli keluarga atau haiwan peliharaan lain di kediaman baru mereka. Ada juga yang diserahkan semula kerana tuan baru itu tidak mampu menjaga mereka. "Jika haiwan itu terlalu uzur, mereka akan ditamatkan riwayat. Jika keadaan mereka sebaliknya, haiwan itu akan diserahkan semula kepada sesiapa yang berminat untuk memberikan mereka sedikit perlindungan," katanya. DERA Jacinta berkata haiwan yang paling banyak menjadi mangsa penderaan adalah anjing, mewakili 95 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan kepada SPCA. "Tambah memburukkan keadaan, kita tidak mempunyai tempat untuk menempatkan anjing-anjing liar yang ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan. Hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sahaja yang memiliki tempat khas untuk anjing liar yang ditangkap. "Majlis Perbandaran Petaling Jaya menempatkan anjing liar yang ditangkapnya di PAWS. Kami juga ada mendengar khabar bahawa bakinya ditinggalkan dalam van dan trak yang digunakan untuk menangkap mereka atau dirantai begitu sahaja di sekitar kawasan stor," dakwanya. Jacinta turut menyelar sikap sesetengah anggota majlis yang tidak berperikemanusiaan ketika menangkap anjing-anjing liar ini. "Segelintir daripada mereka ialah penangkap anjing kontrak yang langsung tidak bertimbang rasa ketika menangkap haiwan itu. Ia memberikan gambaran bahawa kebajikan haiwan-haiwan itu langsung tidak dipedulikan," katanya. PETISYEN BANTAH KEKEJAMAN TERHADAP HAIWAN Awal tahun ini, SPCA telah menyerahkan 83,032 tandatangan bersama senarai kes-kes penderaan haiwan yang dikendalikan oleh inspektor haiwan SPCA kepada Jabatan Perdana Menteri. Kesemua tandatangan itu diperolehi menerusi petisyen SPCA membantah kekejaman terhadap haiwan antara Dis 2003 hingga Dis 2006. Petisyen itu meminta kerajaan mengambil pendekatan pro-aktif bagi membasmi penderaan terhadap haiwan dengan mengamalkan kaedah perundangan yang efektif. Menerusi petisyen ini, SPCA menggesa kerajaan supaya menaikkan kadar denda dari RM200 kepada RM10,000 bersama-sama hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan. Dalam kes Sheena, pemiliknya telah mengaku bersalah mengabaikan haiwan itu tetapi dia hanya didenda sebanyak RM100, satu jumlah yang tidak setimpal berbanding kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan malang itu hingga ia mati. "SPCA turut menggesa kerajaan agar mengenakan larangan seumur hidup terhadap pemilik haiwan yang didapati bersalah mendera selain menggesa orang ramai agar lebih bertanggungjawab dengan mengkasi atau memandulkan haiwan peliharaan mereka selain menjaga kebajikan haiwan itu sepenuhnya daripada aspek pemakanan, penjagaan, tempat tinggal, kasih sayang dan perubatan, selain menjadi jiran yang lebih bertanggungjawab," katanya. JADIKAN PENGABAIAN HAIWAN SEBAGAI KESALAHAN Jacinta berkata SPCA turut merayu agar kerajaan menjadikan pengabaian haiwan peliharaan sebagai satu kesalahan memandangkan rumah perlindungan haiwan itu menerima banyak laporan daripada masyarakat yang prihatin akan haiwan yang dibuang di pelbagai lokasi seperti rumah kosong, pasar-pasar, medan selera hingga lebuh raya. Ada juga haiwan itu yang ditinggalkan di luar pintu pagar SPCA. "Adalah amat penting untuk kita memiliki langkah pencegahan yang efektif untuk membasmi kekejaman terhadap haiwan. Pesalah perlu dihukum dengan setimpal demi keadilan bagi haiwan yang teraniaya ini," katanya. Menurut Jacinta, Jabatan Perkhidmatan Haiwan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka sedang mengkaji cadangan untuk meminda Akta Haiwan 1953. Ramai pencinta haiwan di seluruh negara menanti dengan penuh harapan agar undang-undang yang setimpal akan digubal untuk melindungi haiwan selepas satu ketika dulu digemparkan dengan kes penderaan haiwan yang begitu menyayat hati. TIADA BANTUAN KERAJAAN Setiap tahun SPCA memerlukan RM500,000 bagi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan seperti melindungi haiwan liar. "Kami tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai untuk terus beroperasi. "Nampaknya kami masih memerlukan banyak `kediaman' untuk haiwan-haiwan kami! Masih banyak yang boleh dijadikan anak angkat dan kami masih berusaha untuk meningkatkan jumlah ini. Sekarang ini kami dalam proses menjelajah pusat-pusat membeli belah dan pertunjukan haiwan sebagai sebahagian daripada `Adoption Fest 2007'," tambah beliau. Adoption Fest 2007 setakat ini berjalan dengan lancar dan bermula April, SPCA akan berada di pasar minggu Kompleks Membeli Belah Bangsar sehingga akhir tahun ini. Beliau berkata walaupun SPCA bakal meraikan ulang tahun ke 49 tahun ini, masih ramai orang awam dan masyarakat setempat yang tidak menyedari kewujudan pusat perlindungan ini. "Jika anda mengesyaki ada haiwan yang didera, sila hubungi kami di talian 03-42565312 dan buat laporan. Kami akan pastikan identiti pemanggil dirahsiakan sepenuhnya," kata Jacinta. -- BERNAMA
__________________
Save stray cats to show that you care. Not to say that you cant afford a good breed, but to show you are doing a good deed.
|
![]() |
| Thread Tools | Search this Thread |
| Display Modes | |
|
|