amboi menyampah nampak....bengang nampak....wahai abu hurairah sahabat ku....bkn aku nak sebok sgt pasal artikel ni....tp adalah baiknya saya xplan dgn awak sekrg ye.... mcm ni, setiap apa yg kita copy dr mana2 artikel kita kena simpan "COPY FROM" atau "LINK" atau "SUMBER " dari mana2 address artikel tu....supaya kita tdk mengejutkan org yg punya artikel tu apabila awak copy artikelnya....harap awak faham sekarang. Klu awak nak tau semua artikel2 yg awak copy u adalah "ARTIKEL SAYA", dari "BLOG SAYA".....awak faham sekrg???? awak tak payah nak ajar saya pasal benda2 begini. tak payah nak suruh saya search kat yahoo lah, google lah....awak tu lah yg sepatutnya belajar bagaimana dan bagaimana....thats y i tanya awak...tanya awak...tanya awak....dan tanya awak....dgn sopannya....sbb benda ni kita tak leh main terjah je...at least saya tanya awak baik2. tp awak tdk memberi kerja sama. malah awak plak yg menyampahlah...lemaslah dan mcm2 lagi....n memang btl apa awak ckp, semua info kena share bersama...thats y saya buat blog ni untuk di kongsikan bersama...so sorry kepada member2 yg lain klu ada sesiapa yg mengikuti thread ini....memang tdk sepatutnya benda ni terjadi di forum ni..sepatutnya saya gunakan PM. ...tp sebagai hak saya....saya kena terangkan perkara sebenarnya. thats y selama ni saya keep on asking the same question dgn c abu ni baik2...IM SO SORRY kepada member2 yg lain....
abu hurairah....i teach u how k....
Ingin menukarkan makanan baru setelah si manja sudah biasa dengan makanan lamanya? Tidak semua kucing boleh menerima makanan baru setelah lama biasa dengan makanan lama.
Ini kerana usus kucing mempunyai bakteria sihat yang dapat membantu pencernaan makanan di serap sepenuhnya. Usus- usus ini memang semula jadi terdapat pada badan kucing. Ia di sebut Flora usus. Tetapi ramai yang beranggapan apabila kucing mereka menghidapi masalah pencernaan, mereka mengatakan makanan tersebut tidak bagus. Sedangkan mereka membelinya dengan harga yang mahal.
Contohnya, apabila kucing kita telah biasa dengan makanan lama kesukaannya, flora usus kucing juga telah seimbang dengan makan tersebut. Jadi apabila kita menukarkan makanan baru secara mengejut belum tentu makanan baru tersebut dapat diterima oleh usus kucing kita.
Oleh itu kita perlulah mengikut beberapa langkah teliti bagaimana menggantikan makanan baru kepada kucing supaya mengelak daripada gangguan pencernaan.
Pada hari pertama dan hari kedua, kita cuba campurkan sebanyak 30% makanan baru dengan makanan yang lama. Pada hari ketiga dan keempat pula kita cuba campurkan makanan baru sebanyak 50% dengan makanan lama. Dan pada hari kelima dan keenam kita cuba campurkan sebanyak 70% makanan baru dengan makanan lama. Sehinggalah pada hari seterusnya apabila kita lihat kucing kita sudah biasa dan tidak menghadapi apa-apa masalah dengan makan barunya, barulah kita boleh memberikan 100% makanan baru kepada kucing kita.
Namun ada juga kucing yang saluran pencernaannya tidak sensitif dan boleh menyesuaikan diri dengan makan baru pada bila-bila masa. SUMBER :
http://jareycatlovers.wordpress.com...an-baru-kucing/
Beginilah friend.......