|

Photo Gallery - Koi Forum - Fish Forum - Dog Forum - Malaysia Real Estate Forum - B2B Market Place - Online Recruitment Portal - Malaysia Travel Portal - Malaysia Company Directory |
|
#1
|
|||
|
|||
|
Assalamualaikum,
Baru-baru ini, ada seorang kawan membangkitkan kembali tentang isu ini. Seingat saya, isu ini masih lagi menjadi tandatanya kerana percanggahan fatwa dari beberapa ulama. Ada yang mengatakan Haram, ada yang mengatakan Harus. Jakim masih lagi belum mengeluarkan fatwa yang jelas tentang isu ini. Bagaimana pun, dalam forum ini ada beberapa thread yang membincangkan soal ini dan beberapa Nas dan Hujah telah dipetik untuk memperjelaskan isu ini. Walau bagaimanapun, masih belum ada fatwa yang jelas kerana terdapat percanggahan. Begitupun, saya merasa tidak sedap hati bila ada antara kita yang mencadangkan tafsiran fatwa terpulang kepada individu masing-masing untuk mentafsirkannya. Pada saya ini sesuatu yang bahaya, kerana ini bersangkutan dengan soal akidah. Dari itu saya telah mengutuskan email dan surat kepada JAKIM supaya isu ini dapat diperjelaskan. Oleh itu, diharap kita semua dapat bersabar dan tidak mengikut tafsiran sendiri dalam perkara di atas. Bilamana saya mendapat jawapannya, akan saya siarkan di sini. Ini adalah salinan surat saya kepada JAKIM Assalamualaikum, Saya adalah salah seorang penggemar kucing dan ada memelihara beberapa ekor kucing, yang antaranya di beli dan ada juga yang bermurah hati memberinya kepada saya. Masalah saya di sini, saya keliru dengan soal hukum-hakam tentang jual beli kucing ini. Ada beberapa pendapat mengatakan harus, dan ada yang mengatakan haram. Yang lebih merbahaya, menyarankan sendiri mentafsirkan fatwa tersebut. Oleh itu saya benar-benar berharap pihak JAKIM dapat memperjelaskan tentang perkara ini, supaya segala keraguan dan masalah penafsiran berkaitan dapat diselesaikan untuk sekian kalinya. Soalan saya di sini :- 1. Apakah hukumnya saya membeli kucing untuk dipelihara, memenuhi hobi dan masa lapang, serta sebagai terapi stress? 2. Apakah hukumnya jika saya menjual baka anak / kucing peliharaan saya? 3. Apakah hukumnya jika saya membayar/menerima sejumlah duit untuk mengahwinkan kucing saya dengan kucingnya dengan harapan untuk mendapatkan baka? 4. Apakah hukumnya jika punca pendapatan 100% adalah dari hasil jual beli kucing dan makanan serta lain-lain yang berkaitan dengan kucing? 5. Apakah hukumnya jika saya memasuki pertandingan kucing dan mendapat hadiah berupa wang tunai dan makanan? Berikut saya kepilkan petikan internet yang saya kira memerlukan penjelasan lanjut dari pihak Jakim. petikan dari [url]http://rahma02.wordpress.com/2007/10/09/hukum-jual-beli-kucing/ Sekian. Wassalam. P/s : Sekiranya ada di antara saudara yang terjumpa petikan jelas / fatwa yang jelas dari JAKIM tentang soalan2 di atas, sudilah berkongsi di forum ini. Mudah-mudahan kita semua terlindung dari melakukan perkara-perkara yang ditegah. Terimakasih. |
|
#2
|
||||
|
||||
|
emmmm bagaimana pula hukum jual beli binatang kesayangan yg lain seperti ikan kelisa, burung kakaktua, hamster, ular, iguana dan lain2?
|
|
#3
|
|||
|
|||
|
Quote:
Dear Zarul, Im not sure about that. But, im quite sure if JAKIM did answer my queries, the explanation more or less will aslo touch on another animals as well. Be patience k. |
|
#4
|
|||
|
|||
|
"Begitupun, saya merasa tidak sedap hati bila ada antara kita yang mencadangkan tafsiran fatwa terpulang kepada individu masing-masing untuk mentafsirkannya. Pada saya ini sesuatu yang bahaya, kerana ini bersangkutan dengan soal akidah."
Pada pendapat saya, hanya mufti negara dan para ulama dapat mengeluarkan fatwa dan sekaligus menafsirkannya. Tetapi ini juga bergantung kepada negara kediaman anda. Jika di Singapura, kita langsung boleh mendapat kepastian dari MUIS. Tetapi di Malaysia, mungkin berlainan. Kerana Malaysia adalah sebuah negara yang besar, pendapat para ulama MUNGKIN bercanggah. Paling penting, sebagai umat Islam kita wajib mengimani rukun2 Iman dan Islam. Hanya satu soalan yang pernah saya utarakan kepada seorang teman ustaz tentang hukum mengembirikan kucing. Tapi soalan ini tiada di dalam senarai anda. Semoga dengan surat anda, terjawablah segala was-was yang terbuku di hati pencinta kucing di tempat kediaman anda dan seluruh Malaysia.
__________________
One never REALIZES how much and how little he knows until he starts talking. MBTI I-68 S-68 F-55 J-68 |
|
#5
|
||||
|
||||
|
Saya rasa kaedah berkenaan hukum hakam berkaitan perniagaan jatuh dlm pekara2 furu' muamalat dan bukan pekara2 ushul akidah.
http://www.j-qaf.net/modules/newbb/..._id=503&forum=5
__________________
Update*** There's no use talking politely to domestic cat breeder because they won't listen to you. Please Publicly SHAME them. That is the only way teaching them a lesson!!! The way you deal with animals will reflect on how you deal with humans stop breeding domestic cats | start spaying/neutering your cat(s) stop supporting those breeders | start saving strays cat Last edited by rhazes79 : 09-07-2008 at 03:21 PM. |
|
#6
|
|||
|
|||
|
Quote:
Sorry to say but i think u misunderstood. "antara kita yang mencadangkan tafsiran fatwa terpulang kepada individu masing-masing untuk mentafsirkannya" Menafsirkan 'fatwa' 100 peratus berbalik pada akidah. Apa yang kita pelajari dan yakini tentang hukum-hakam agama adalah akidah. Fatwa akan dikeluarkan oleh Mufti Negara untuk mengelakkan kekeliruan dan kesesatan didalam hukum hakam yang terbabit. Tapi memang benar, hukum hakam jual beli berkaitan perniagaan wang ringgit adalah perkara furu'. Saya rasa ada 2 perkara penting disini. Pertama - hukum JUAL BELI kucing, khususnya. Kedua - hukum MENAFSIRKAN tafsiran fatwa. i'm commenting on the latter.
__________________
One never REALIZES how much and how little he knows until he starts talking. MBTI I-68 S-68 F-55 J-68 Last edited by MCLover : 09-07-2008 at 03:30 PM. |
|
#7
|
|||
|
|||
|
Hanya satu soalan yang pernah saya utarakan kepada seorang teman ustaz tentang hukum mengembirikan kucing. Tapi soalan ini tiada di dalam senarai anda.
Dear Mc Lover, Tentang kembiri, ulama2 Malaysia ada dua pendapat iaitu Harus dan Makruh. Tiada pendapat ianya haram. So, it is clearly NOT HARAM dan dibolehkan. Saya rasa kaedah berkenaan hukum hakam berkaitan perniagaan jatuh dlm pekara2 furu' dan bukan pekara2 akidah. Menafsirkan 'fatwa' 100 peratus berbalik pada akidah. Apa yang kita pelajari dan yakini tentang hukum-hakam agama adalah akidah. Fatwa akan dikeluarkan oleh Mufti Negara untuk mengelakkan kekeliruan dan kesesatan didalam hukum hakam yang terbabit. Dear Rhazes n Mclover, Saya bukan pandai, itulah sebabnya saya merujuk kepada JAKIM. Tentang samada ia furu' atau akidah, saya tak pasti. Yang menjadi kepentingan di sini ialah persoalan halal dan haram bagi perkara-perkara yang disebutkan di atas. For Mclover, terlanjur saudara menyebut tentang MUIS, apakah pendapat dan fatwa yang MUIS keluarkan berhubung perkara di atas? Thanks for the replies. |
|
#8
|
|||
|
|||
|
Quote:
bila pulak saya mengatakan ianya haram?? do not speculate. dan kenapa pulak anda merasakan sebab anda tak pandai la anda perlu merujuk pada JAKIM?? memang bagus tu ... lain pulak understanding nyer ... terpulangla ... nak elakkan salah faham, susah payah menaip dalam bahasa melayu tapi masih ada yang tak paham dan salah paham .... period.
__________________
One never REALIZES how much and how little he knows until he starts talking. MBTI I-68 S-68 F-55 J-68 Last edited by MCLover : 09-07-2008 at 04:53 PM. |
|
#9
|
|||
|
|||
|
Quote:
Assalamualaikum, Alamak McLover, saya tak pernah mengatakan anda pernah mengatakan ianya Haram. Maksud saya, tiada pendapat ulama di Malaysia yang mengatakan ianya Haram. So you see? It is a sensitive issue right? Misunderstanding always occured. What is MUIS stands on this issue (other than neutering) |
|
#10
|
||||
|
||||
|
Aku pun ada hantar beberapa soalan berkaitan kucing kat laman web JAKIM, tunggu ajerlah bila JAKIM nak jawab?????
__________________
Selain bela kucing, aku suka kumpul Setem & Duit Syiling/Kertas Peringatan & Medallion New Stamp Issue: International Dragon Boat Festival (IDBF) Club Crew World Championships 2008---> 01/08/2008 Galeri Duit Syiling/Kertas & Medallion Malaysia |
![]() |
| Thread Tools | Search this Thread |
| Display Modes | |
|
|