|

Photo Gallery - Koi Forum - Fish Forum - Dog Forum - Malaysia Real Estate Forum - B2B Market Place - Online Recruitment Portal - Malaysia Travel Portal - Malaysia Company Directory |
|
#1
|
||||
|
||||
|
Forum adalah tempat berbincang.
IRC, messenger dan apa-apa yang bukan dipanggil Forum, adalah tempat berchatting. ------------- Contoh forum yang baik:- 1) Post pertama "Saya nak postkan gambar saya sewaktu saya pergi bercuti di Italy". 2) Post-post yang seterusnya di dalam thread yang sama adalah pengalaman yang dikongi bersama (maklumat, nasihat). --------------- Contoh IRC, messenger (atau yang bukan dipanggil Forum atau sesetengah forum bukan specific):- 1. Post pertama "Saya nak postkan gambar saya sewaktu saya pergi bercuti di Italy". 2. Post ke-2: Kite pn nak ikut! 3. Post ke-3: owww mak aiii cunn nyeee ---------------- Sebelum ini (kurang dari setahun dahulu), tiada siapa di sini yang ambil kisah jikalau ada orang chit-chat dalam mana-mana section sebab percentage nya terlalu rendah. Sekarang ni, perkara ini sudah memakin menjadi-jadi dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Jikalau dibiarkan berterusan, lama kelamaan forum ini akan hilang status dari tempat mendapat pengetahuan kepada forum perbualan kosong. Pada masa dahulu juga, ramai thread starters yang meminta agar moderator memadam post-post yang tidak berkaitan dari dalam thread mereka. Tetapi kini, kadar post-post yang tidak memberi ilmu atau menfaat kepada pembaca-pembaca telah meningkat. Saya dah tidak boleh delete satu persatu lagi kerana bukan satu tetapi kalau dikira dah sampai beratus-ratus! Saya telah mendapat TERLALU banyak komplain melalui PM, telephone atau bersemuka mengenai perkara ini. Oleh sebab itu, tindakan sebegini (padam thread) terpaksa dibuat. Sekiranya anda mahu thread anda kekal, sila pastikan rakan-rakan anda membalas post anda dengan isi kandungan yang bercorak perbincangan, nasihat atau perkara-perkara yang berkaitan. Jikalau ada sedikit "chit-chat" yang tidak berkaitan (ataupun tidak berfaedah) bolehlah diterima tetapi jikalau terlalu banyak post-post yang tidak befaedah dari satu thread sahaja sudah dikira melampau. Perkara ini sebenarnya membabitkan beberapa individu sahaja bukan semua orang. Tetapi bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana sebilangan pengguna sahaja, keseluruhan thread dipadam dan juga kerana sebilangan pengguna sahaja, kita terpaksa membuat peraturan sebagini! Saya harap para pengguna maklum mengapa perubahan ini terpaksa dibuat. Saya minta maaf sekiranya ada yang tersinggung tetapi kadang-kala kita terpaksa memikirkan kaedah yang terbaik untuk kebaikan semua. Dan janganlah membandingkan forum ini dengan sesetengah forum lain yang membenarkan segala jenis posting. Terima Kasih.
__________________
Ĵåγ™ If you think I am a human, you are DEAD wrong because.. Im a domesticated shorthair cat who went to school! My Boys:- Trey Joshua Jay (DLH); Leroy Allen Jay (MCO); William Henry Jay (MCO) Last edited by Jay : 09-08-2008 at 11:54 PM. |
![]() |
| Thread Tools | Search this Thread |
| Display Modes | |
|
|